IPOH – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung rungutan kenaikan harga minyak khususnya diesel yang memberi kesan kepada komuniti perniagaan.
Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas DPMM Perak, Azizul Kama Abd Aziz berkata, setakat ini belum ada perbincangan khusus diadakan dalam kalangan ahli dewan mengenai perkara tersebut kerana hala tuju perbincangan masih di peringkat awal.
Menurutnya, situasi semasa turut dipengaruhi oleh faktor geopolitik global geopolitik tidak menentu kesan konflik Asia Barat. – MGPerak





