Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman secara rasminya memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Manjung yang baharu pada Isnin.
Hasbullah, 45, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Beliau menggantikan Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah yang bertukar ke IPK Pulau Pinang dengan menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak