Kerajaan Negeri Perak menggalakkan penglibatan lebih meluas hospital swasta dalam penganjuran program kesihatan, khususnya simposium perubatan yang mampu meningkatkan kecekapan dan kesedaran dalam kalangan profesional serta masyarakat.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, peranan hospital swasta amat penting dalam perkhidmatan kesihatan negeri ini, sejajar dengan usaha meringankan beban perkhidmatan di hospital kerajaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak