IPOH – Langit tidak selalu cerah, dan begitulah ujian yang terpaksa dihadapi pasangan Mohd Fauzi Saad, 43 dan isteri Anis Azwani Azmi, 29 apabila senyuman anak bongsu mereka berubah menjadi kegusaran dan tangisan tidak berpenghujung.
Menurut Anis Azwani, dia menyedari berlaku perubahan yang agak luar biasa pada wajah anak lelakinya, Firas Affan Mohd Fauzi, yang ketika itu baru berusia setahun dua bulan.
Menurut suri rumah itu, perubahan mula disedari mereka apabila mendapati bahagian mata kanan anaknya itu kelihatan membengkak dan semakin ketara dari hari ke hari selepas lahir pada Oktober lalu. – MGPerak





