MGPerak: Ibu Bapa Perlu Kikis Stigma Demi Kesihatan Mental Anak

146

IPOH – Golongan ibu bapa disaran untuk mengenepikan stigma masyarakat terhadap rawatan kesihatan mental dan segera mendapatkan intervensi awal sekiranya anak mereka dikesan menunjukkan tanda-tanda awal gangguan emosi.

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony berkata, adalah suatu kebiasaan sebagai ibu bapa apabila berasa bimbang terhadap tanggapan dari anggota keluarga lain serta komuniti setempat tatkala anak mereka didiagnos mengalami masalah mental.

Katanya, bagaimanapun perasaan itu perlu dikikis dengan memberi keutamaan kepada kesihatan mental anak mereka agar dapat menjalani proses pemulihan seawal mungkin. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini