Seorang ibu tunggal mendakwa anaknya mengalami kecederaan pada anggota badan akibat didera oleh seorang guru wanita prasekolah di sebuah sekolah di Jelapang, dekat sini sejak September lalu.
Aiza Salzul Hanira Zulkapli, 42, anaknya yang ketika itu berusia enam tahun itu didakwa diketuk kepada bahagian kepala, dicubit menggunakan kuku, dipukul pada bahagian leher dan ditampar pada bahagian muka.
Katanya, perkara itu mula disedari apabila mendapati telinga kiri anak tunggalnya itu kemerah-merahan dan luka selepas kanak-kanak itu mendakwa telinganya ditarik serta dipulas guru yang berusia lingkungan 30an berkenaan, pada September. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak