Seorang ibu tunggal yang mengamuk di sebuah restoran di Taman Tasek Damai, di sini pada minggu lalu didenda RM11,800 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.
Tertuduh, Nurfarahanim Soaid, 29, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Hanini Abdullah dan Mohd Harith Mohd Mazlan di dua mahkamah berasingan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #mengamukdirestoran #tamantasekdamai





