MGPerak : Ibu Tunggal Penerima Tokoh Keluarga Mithali Besarkan Lapan Anak Hingga Berjaya

301

Kecekalan seorang ibu tunggal yang berjaya menyara dan mendidik lapan anak mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak pada Isnin.

Kini, Rohani Tandaik, 65, mampu menarik nafas lega apabila kesemua anaknya telah mendapat pendidikan sempurna serta memiliki kerjaya yang baik.

Menurut pesara Pembantu Tadbir Kesetiausahaan itu, dia mula menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anaknya selepas kematian suami, Ramli Norddin akibat kanser paru-paru kira-kira 26 tahun lalu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini