Identiti pemandu Proton Iriz yang melanggar anggota polis dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad telah dikenal pasti.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan dan beliau percaya suspek akan diberkas dalam masa terdekat.