JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Perak, sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan serta menjaga keamanan negeri ini daripada pendatang asing tanpa izin (PATI).
Diketuai oleh Meor Hezbullah Meor Abd Malik sebagai Pengarah Imigresen Perak, agensi di Bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu mempunyai lebih kurang 460 anggota yang bertugas di negeri ini.
Editor Malaysia Gazette (MG) Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said berkesempatan menemubual Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perak (Kawalan), Abdul Rahim Chung yang berkongsi usaha serta kejayaan agensi berkenaan dalam membanteras kebanjiran PATI di negeri ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak