MGPerak: Insiden Kepala Air Slim River: Perak Mohon Ihsan Kerajaan Bina Tiga Jambatan

166

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan memohon ihsan daripada kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan membina semula tiga jambatan yang runtuh akibat insiden kepala air di Slim River, dekat sini, baru-baru ini.

Tiga jambatan tersebut adalah jambatan utama melibatkan Jambatan Lama Sungai Slim yang menghubungkan Jalan Slim River-Behrang Hulu, Jambatan Kampung Pasir dan Jambatan Kampung Sungai Muda.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerosakan akibat tragedi tersebut telah dilaporkan Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri yang diadakan hari ini. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini