MGPerak: Ipoh Bangun Identiti Bandar Mesra Pejalan Kaki Waktu Malam

76

IPOH – Program Fiesta Raya Ipoh Riverfront @ Old Town menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang secara tidak langsung menyokong usaha meningkatkan ‘walkability’ dan menjadikan bandar raya ini lebih mesra keluarga pada waktu malam.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, program yang berlangsung selama enam hari bermula 13 Mac hingga semalam itu berjaya menarik kira-kira 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Perak.

Menurutnya, program tersebut adalah yang kedua diadakan di Kinta Riverwalk kurang sebulan selepas Chinese New Year @ Riverwalk. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini