IPOH – Bandaraya Ipoh mempunyai kelebihan strategik dalam menjadi hab pasaran industri acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana bandar ini mempunyai kekuatan daripada segi warisan, sejarah, keindahan alam, kemudahan pengangkutan, gaya hidup moden dan kos sara hidup yang lebih rendah berbanding bandar-bandar lain. – MGPerak