IPOH – Siapa sangka, kawasan kandang kuda yang terbiar sebelum ini telah melalui transformasi baharu sebagai ruang komuniti dan perniagaan dikenali sebagai Bazar Kandang Kuda atau Ipoh Stables Market (ISM) iaitu pasar kandang pertama seumpamanya di Asia.
Daripada 800 kandang kuda sedia ada, 137 struktur telah terbiar serta kebanyakannya dibina sekitar tahun 1992 hingga 1993 dan tidak pernah dirobohkan.
Justeru, Kelab Lumba Kuda Perak (PTC) mengambil inisiatif dengan membangunkan semula kandang kuda berkenaan menjadi ISM bagi menonjolkan legasi kelab itu yang ditubuhkan pada tahun 1886. – MGPerak





