Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak berhubung dakwaan penggunaan seorang gambar individu dalam bahan kempen, tanpa kebenaran.
Abd Muhaimin berkata, sebaliknya sebagai salah seorang calon yang bertanding, beliau tidak menghadkan sebarang pertemuan atau interaksi hanya kepada penyokong parti tertentu sahaja.
Beliau juga memberi gambaran bahawa gambar yang digunakan pada bahan kempen tersebut mungkin dirakam dalam salah satu pertemuanya dengan pengundi selain beliau sendiri tidak pasti bagaimana gambar individu berkenaan digunakan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak