TAPAH – Pempengaruh dan aktivis politik, Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ ditahan pihak polis pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan oleh sekumpulan murid di sebuah sekolah di Negeri Perak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara itu berkata, tindakan itu susulan siasatan yang dijalankan pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini. – MGPerak