MGPerak: Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Santuni Masalah Nelayan Babit Lima Kementerian

160

BAGAN DATUK – Kerajaan diusul untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi mengurus dan menyelesaikan pelbagai isu membabitkan para nelayan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa itu akan menjadi platform bagi membangkitkan isu termasuk dalam soal subsidi minyak petrol dan diesel, lesen, penguatkuasaan undang-undang serta kebajikan nelayan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang akan dipengerusikannya itu akan melibatkan lima kementerian. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini