TAPAH – Penduduk Orang Asli sekitar Jalan Pahang dari Batu 3 hingga Batu 25 memohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjenamakan durian bukit sebagai usaha menambah pendapatan mereka.
Ia susulan kejatuhan harga buah tempatan berkenaan kepada RM2 hingga RM3 sekilogram bagi gred B, manakala RM1 bagi gred C yang turut menjejaskan pendapatan penduduk yang mengusahakan tanaman durian bukit.
Tok Batin Kampung Batu 6 Jalan Pahang, Fadzil Arom berkata, sekiranya langkah berkenaan dilaksanakan dia melihat kemungkinan untuk harga durian bukit mencecah RM15 sekilogram. – MGPerak





