MGPerak: JKDM Perak Tumpaskan Lima Cubaan Seludup Masuk Komoditi Bernilai Lebih RM2.4 Juta

160

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan lima cubaan menyeludup pelbagai komoditi dianggarkan bernilai RM2.4 juta dengan duti serta cukai sekitar Januari dan Februari lalu.

Kesemua komoditi berkenaan membabitkan beras, jubin porselin, produk sejuk beku dan e-bike dirampas hasil pemeriksaan Bahagian Penguatkuasaan di Pelabuhan Klang, Selangor dan Jalan Lenggong-Gerik, dekat sini.

Pengarah Kastam Perak, Mohd Nadzri Ariffin berkata, pada 14 Januari lalu kira-kira jam 10.30 pagi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dan menemukan 14 palet bersamaan dengan 801 karton jubin porselin yang telah diikrarkan tidak benar. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #JKDMPerak #hasilpertanian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini