MGPerak: JPJ Perak Keluarkan Lebih 1,000 Saman Lori Langgar Undang-Undang Jalan Raya

219

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 6,583 saman terhadap pelbagai jenis kesalahan dan kenderaan yang melalui di seluruh Perak setakat Januari lalu.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 1,207 saman dikeluarkan ke atas kenderaan barangan dan lori.

Katanya, JPJ Perak melaksanakan tiga kaedah untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya iaitu rondaan menggunakan rondaan JPJ, rondaan kenderaan tanpa logo, serta penyamaran.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini