IPOH – Rata-rata pembeli yang mengunjungi Jualan Agro MADANI (JAM) di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) hari ini berpeluang menikmati barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus.
Pelbagai barangan keperluan seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran serta produk industri kecil dan sederhana (IKS) dijual pada jualan anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak.
Mereka yang datang berpuas hati dan gembira dengan jualan tersebut memandangkan bulan Ramadan hampir tiba.