Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) Perak tidak pernah meminggirkan mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pembangkang dalam penganjuran Jualan Rahmah Madani.
Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong berkata, sebaliknya kerajaan negeri sentiasa melibatkan kerjasama dengan wakil rakyat pembangkang dalam memperluaskan penganjuran program berkenaan.
Katanya, malah Jualan Rahmah Madani sentiasa diadakan lebih banyak di kawasan DUN yang diwakili pembangkang berbanding DUN kerajaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak