IPOH – Keputusan berkenaan perjanjian isu berkaitan bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak menerusi Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) tidak dapat dimuktamadkan pada tahun ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana ia perlu melalui pelbagai proses yang panjang termasuk menunggu kelulusan peruntukan dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian bagi pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara Perak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak