MGPerak: Kami Cuba Berdamai Dengan Takdir – Keluarga Arwah Zaharif Affendi

247

Keluarga arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut selepas dilanggar oleh seorang pegawai polis di berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini pada Disember tahun lalu sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa

Abang arwah, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 30, berkata, mereka kini juga sudah semakin kuat dalam menerima ketentuan Ilahi itu.

Zarul Fitri berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menziarahi pusara Allahyarham Zaharif Affendi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Fair Park, dekat sini pada Rabu.

Turut bersamanya, Abdul Razak Judin, 49 dan peguam pemerhati yang dilantik keluarga, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus.

Terdahulu, mereka turut menghadiri ke Mahkamah Majistret Ipoh selepas Majistret, S Punitha membenarkan kes disebut semula pada 21 Mac depan bagi serahan dokumen.

Set dokumen yang perlu disiapkan pihak pendakwaan itu adalah mengikut
Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) berhubung pembekalan dokumen kepada pembelaan.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini