MGPerak: ‘KauPI!’ Bermula Dari Tampung Belanja Harian Kini Sebuah Kafe

58

BERMULA dengan sekadar usaha kecil-kecilan dari rumah demi menampung perbelanjaan harian keluarga, siapa sangka perniagaan kopi yang diusahakan pasangan muda di Daerah Kampar ini kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan tempatan mahupun luar daerah.

Dalam landskap keusahawanan makanan dan minuman yang semakin kompetitif, Nik Muhammad An-Nazhan Nik Zailan, 29, dan isteri, Aleeya Haqima Zainal Abiddin, 29, tidak menoleh ke belakang dalam mengembangkan perniagaan di bawah jenama ‘KauPI’.

Menurut Aleeya Haqima, perniagaan yang mengamalkan konsep ‘grab and go’ itu bermula secara sederhana dari rumah mereka di Taman Kampar Putra sekitar September 2024. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #KauPI #perniagaankopi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini