Menjengah usia ke-47, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) terlibat dengan pembangunan empat pusat pendidikan Islam iaitu di Kuala Kangsar, Chemor dan Tapah.
Setiausaha KBGK, Norali Nordin berkata, terkini sebuah pusat pendidikan Islam sedang dalam pembinaan dan hampir siap iaitu Kompleks Tahfiz Addin 11 di Kampung Sungai Ular, Kampung Kepayang, Gopeng.
Katanya, projek yang mula dibina pada dua tahun lalu itu menelan belanja RM2.2 juta hasil kutipan dan sumbangan tunai ahli-ahli NGO berkenaan.