MGPerak: Kegilaan Penagih Tegar Samun Stesen Minyak Dan Meragut Warga Emas Terhenti Ditahan Polis

219

Kegilaan seorang penagih dadah tegar melakukan kegiatan samun di stesen minyak dan meragut wanita termasuk warga emas sekitar daerah Taiping berakhir apabila di tahan polis awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, lelaki bujang berusia 37 tahun itu ditahan polis pada jam 7.15 pagi ketika cuba melakukan samun di sebuah stesen minyak di Simpang, Taiping.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini