MGPerak: Kelamai, Kuih Tradisi Rawa Masih Mendapat Sambutan

179

GOPENG – Sinonim sebagai sajian istimewa di hari perayaan bagi masyarakat etnik Melayu Rawa, kuih tradisi itu masih mendapat sambutan walaupun ia semakin dilupakan generasi masa kini.

Tekstur dan rasanya yang unik membuatkan sesetengah pembeli sanggup memandu lebih 40 kilometer untuk ke Gopeng, Perak semata-mata bagi mendapatkan makanan itu.

Menurut Zamzarina Abu Bakar yang telah mengusahakan perniagaan kuih Kelamai lebih 20 tahun di Gunung Mesah Hulu, Gopeng itu, pada musim perayaan beliau mampu menjual sehingga 100 batang sehari.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini