Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila mendengar dentuman guruh beberapa kali sebelum bumbung dapur rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut yang berlaku di Gugusan Manjoi, di sini selepas solat Asar semalam.
Mangsa, Aishah Mohd Nor, 75, berkata ketika kejadian, beliau bersama suami, cucu dan cicit berada di rumah anaknya yang terletak bersebelahan rumah mereka.
Seorang lagi penduduk, Esah Mohd Hashim, 74, berkata, bumbung di tingkat atas rumah didiaminya turut diterbangkan angin sehingga terkena gerai yang bertentangkan dengan rumah dalam kejadian ribut petang semalam. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak