IPOH – Keputusan sampel air dari hulu Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik, yang didakwa bertukar kebiruan dan disyaki tercemar dijangka diketahui Isnin ini.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pihaknya telah mengarahkan beberapa agensi berkaitan menjalankan siasatan dan pengambilan sampel bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.
Menurutnya, antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). – MGPerak





