IPOH – Kerajaan negeri tidak mampu untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda Perak FC susulan pasukan itu terpaksa menarik diri daripada menyertai saingan Liga Super musim depan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau memahami keputusan syarikat telekomunikasi XOX Bhd untuk membubarkan pasukan tersebut memandangkan kos mengendalikan kelab bola sepak profesional di Malaysia terlalu tinggi untuk ditanggung oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, situasi yang menimpa Perak FC bukan kes terpencil, malah perkara sama turut dihadapi negeri lain seperti Perlis dan Kedah. – MGPerak