Kerajaan Perak akan memberikan bantuan sewajarnya terutamanya dari segi kebajikan dan pendidikan terhadap empat beradik yang kehilangan ibu bapa dalam nahas jalan raya di Kilometer 3.4 Jalan Gopeng-Kota Bharu, dua tahun lalu.
Keempat beradik terbabit adalah Nur Fatin Syafika Mohd Ramddan, 20; Muhammad Ikman, 19; Muhammad Aiman Daniel, 15, dan Nur Fatihah, sembilan kini tinggal di rumah peninggalan arwah kedua ibu bapa mereka di Kampung Serkai Jadi, Tronoh.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan antaranya Yayasan Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Penghulu Mukim dan kepimpinan tempatan telah mengadakan ziarah cakna anak-anak terbabit pada Isnin lalu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak