Kerajaan Perak menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan dengan menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, semalam.
Allahyarham Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, dilaporkan rebah ketika beraksi melawan Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) dalam kejohanan tersebut.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, sumbangan itu telah diserahkan kepada abang Allahyarham ketika beliau menziarahi keluarga mangsa JabatanForensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada petang Jumaat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PelajarSBPmaut #PemainRagbi