IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM5 juta bagi membaik pulih dan pembinaan baru institusi pendidikan Islam yang merangkumi Tadika Islam Perak, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tahfiz.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan dan penambaikan itu bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pelajar termasuk guru di di institusi Pendidikan Islam berkenaan.
Menurutnya, ini menunjukkan kerajaan negeri komited dalam membangunkan sahsiah anak watan menerusi sistem pendidikan yang disediakan oleh kelas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
#malaysiagazetteperak #mgperak