TAIPING – Kerajaan Negeri Perak akan segera memperbaiki infrastruktur di sekitar daerah Larut Matang dan Selama (LMS) serta daerah lain yang terjejas akibat banjir.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pejabat Pegawai Daerah akan mengadakan mesyuarat post mortem bagi meneliti infrastruktur yang teruk terjejas dan memerlukan tindakan segera. – MGPerak





