IPOH – Usaha untuk memulihkan semula perkembangan institusi pengajian Islam khususnya sekolah pondok dan tahfiz kini sudah menjadi sebahagian daripada dasar Kerajaan MADANI.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen berterusan kerajaan dapat dilihat melalui pengumuman Belanjawan 2026 yang dibentangkan pada Jumaat di samping peruntukan RM34.81 juta bagi pembaikan prasarana 137 sekolah pondok dan maahad tahfiz seluruh negara.
Katanya, kesemua peruntukan itu akan disalurkan mengikut keperluan dan keutamaan di institusi pengajian masing-masing. – MGPerak