MGPerak: Keretapi Sarong 2024 Ipoh Meriah Disertai Lebih 1,000 Peserta Pelbagai Kaum

108

IPOH – Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum dari Perak serta negeri berhampiran menunjukkan semangat patriotik dengan menyertai program Keretapi Sarong 2024 (KS24) yang diadakan di Stesen Keretapi Ipoh di sini pada Sabtu.

Peserta dari pelbagai peringkat usia dan bangsa mula berkumpul di Dataran KTM di sini, seawal jam 7 pagi.

Program yang diadakan bersempena Hari Malaysia ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO dan Kelab Sosial Ipoh (ISC) berjaya menghimpunkan rakyat dengan mengenakan pelbagai busana tradisional. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini