MGPerak: Kesalahan Merokok Perak Keluar Hampir 9,000 Notis

192

BAGAN SERAI – Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengeluarkan 8,795 notis kesalahan merokok termasuk di tempat awam dengan jumlah keseluruhan denda bernilai RM2.20 juta sepanjang tahun lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri, A Sivanesan berkata, kesemua notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini