Orang ramai diminta bertenang serta menunggu penjelasan penuh daripada Jabatan Mufti Perak berhubung teks khutbah Jumaat berkaitan isu boikot yang disampaikan di masjid dan surau diri Jumaat (SDJ) seluruh negeri semalam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jabatan tersebut bertanggungjawab menyediakan teks khutbah itu serta membuat ketetapan supaya semua khatib perlu membaca khutbah yang telah mendapat persetujuan dan ditandatangani oleh mufti.