MGPerak: Kid’s Zone@Masjid Negeri Perak Permudah Ibu Bapa Solat Tarawih

1

POH – Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Perak mengambil inisiatif menyediakan kemudahan Kid’s Zone bagi membantu ibu bapa menunaikan solat dengan lebih tenang sepanjang bulan Ramadan.

Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh berkata, kemudahan tersebut diwujudkan kira-kira tujuh tahun lalu, khusus untuk menempatkan kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun ketika ibu bapa menunaikan solat tarawih.

Menurutnya, idea ini tercetus apabila pihak masjid melihat ibu bapa membawa anak-anak kecil dan memikirkan kaedah terbaik untuk menguruskan kanak-kanak ketika ibu bapa menunaikan solat. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini