PARIT BUNTAR – Kerajaan Negeri Perak bersetuju kepada usaha pembinaan sebuah pusat latihan perindustrian di daerah Kerian sebagai pelengkap kepada pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha yang akan digerakkan SD Guthrie Berhad itu masih di peringkat cadangan bagi meninjau lokasi sesuai pembinaan pusat latihan berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak