MGPerak: Kisah ‘Abang Pistachio’, Dari Kerjaya Perubatan Ke Dunia Makanan

50

BERMULA dengan perniagaan bakeri kecil-kecilan dari rumah ketika pandemik COVID-19, pasangan suami isteri ini terus mengorak langkah dengan mengukuhkan jenama mereka dalam dunia keusahawanan makanan di Perak.

Muhammad Azani Ehsan Abdul Rashid, 33, atau lebih dikenali sebagai Abang Pistachio, bersama isteri, Nurul Huda Karim, 33, adalah pengasas kepada jenama The Gaps dan Hooney pengeluar produk sapuan pistachio, ‘cookies crumble’ dan ‘cookies spread’ yang bernaung di bawah syarikat milik mereka, NHK Food Manufacturing Sdn Bhd.

Menariknya, pasangan ini bukan datang daripada latar belakang perniagaan, Muhammad Azani Ehsan adalah bekas Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh manakala isterinya adalah bekas jurutera operasi kilang. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini