Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebak ketika menyentuh soal perumahan rakyat ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2025, pada Jumaat.
Beliau turut dilihat mengesat air mata ketika membacakan teks belanjawan yang menyentuh fokus pertama iaitu Kesejahteraan Rakyat.
Menurut menteri besar, ketika turun di lapangan, hakikat yang sering meruntun emosi apabila masih ada keluarga yang bergelut untuk memiliki tempat yang dipanggil rumah. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak