MGPerak: Kisah Sultan Perak Pertama Dipentaskan Melalui Beting Beras Basah

10

IPOH – Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah karya Datin Shahnoor Zahurin Mohd Haslan Myudin bakal membawa kelainan dengan gabungan klasik dan moden buat penonton di Perak dan Melaka.

Persembahan yang mengambil inspirasi daripada kejadian berlaku hampir 500 tahun lalu di lokasi Beting Beras Basah Bagan Datuk itu, bakal menceritakan kisah bagaimana Raja Mudzaffar diangkat menjadi sultan pertama Perak.

Pementasan Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah itu akan berlangsung selama tiga hari dari 26 hingga 28 September di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri (JKKN) Perak serta pada 10 dan 11 Oktober depan di Auditorium JKKN Melaka.

Shahnoor Zahurin atau lebih dikenali sebagai Anne Zahurin berkata, pementasan teater bangsawan Diraja tersebut bakal menampilkan pembaharuan dari segi teknologi. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini