MGPerak: Klinik Kesihatan Manjoi Bertingkat Pertama Dalam Negara

224

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membangunkan Klinik Kesihatan Manjoi sebagai klinik kesihatan yang dibina secara bertingkat atau memiliki struktur tinggi pertama di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Klinik Kesihatan Jenis 2 yang dibina lima tingkat itu menelan belanja RM26 juta bagi pembinaannya dan ia mampu menampung maksimum seramai 800 pesakit sehari.

Katanya, kawasan sempit menjadi antara faktor kepada cadangan terhadap pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi seumpama itu yang dijangka siap pada antara pertengahan sehingga suku akhir tahun 2025.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini