IPOH – Kerajaan sedang membincangkan pelbagai usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia termasuk pelajar di negara yang terkesan susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, ia telah dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu sebagai langkah awal menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya situasi keselamatan di rantau Asia Barat itu terus meruncing.
Katanya, kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan setiap warga Malaysia yang sedang berada di luar negara, khususnya di kawasan-kawasan yang sedang bergolak atau berdepan konflik. – MGPerak





