Kerajaan sedang memantau perkembangan semasa serta menilai langkah-langkah yang perlu bagi memastikan bekalan dan barang keperluan asas rakyat di negara ini tidak terjejas susulan konflik di Asia Barat ketika ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, antara tumpuan utama kerajaan adalah memastikan bekalan barangan asas seperti daging segar, ayam segar, beras dan gula kekal stabil serta mencukupi di pasaran tempatan.
Menurutnya, setakat ini bekalan bagi barangan keperluan asas tersebut masih berada pada tahap yang baik meskipun terdapat kebimbangan terhadap kesan rantaian ekonomi global akibat perkembangan semasa di rantau tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #konflikAsiaBarat





