MGPerak: Konflik Gajah-Manusia: Kerajaan Negeri, Perhilitan Bincang Cari Penyelesaian

55

IPOH – Kerajaan Perak akan berbincang dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menangani peningkatan konflik antara gajah dan manusia yang dilihat sering berlaku sejak kebelakangan ini khususnya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan pemerhatian, terdapat perubahan dalam tingkah laku gajah, apabila haiwan liar itu dilihat menyeberangi secara berkumpulan di kawasan tersebut.

Menurutnya, antara perkara yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut adalah melaksanakan kajian terhadap tingkah laku gajah. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini