KOPI bukan sekadar minuman, tetapi juga simbol keharmonian dan kebersamaan dalam menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum.
Ini terbukti apabila pengeluar kopi tempatan, Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd (Yee Kong Coffee) terus kekal relevan dan menerima sambutan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.
Terletak di tingkat satu Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, gerai ikonik yang beroperasi sejak 1974 itu menawarkan pelbagai jenis biji kopi untuk disediakan mengikut cita rasa pelanggan.
Antara kopi yang dijual adalah dari jenis Liberica, Arabica, dan Robusta diimport dari beberapa negara seperti Brazil, Indonesia dan Amerika Selatan termasuk kopi tempatan menerusi jenama Cap Singa Laut.
Pekerjanya, Tan Pit Tiew, 56, berkata, dia ditawarkan untuk menguruskan operasi harian gerai tersebut daripada saudaranya yang juga pengasas jenama tersebut, Tan Kong Yee pada tahun 2010. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak