Penubuhan Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) akan menjadi pemudah cara kepada syarikat penyedia utiliti bagi melancarkan proses penyediaan infrastruktur seperti elektrik, air, gas, telekomunikasi dan sistem pembentungan secara terancang di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan pelabur tempatan ini tidak melibatkan suntikan kewangan kerajaan negeri serta menjadi One Stop Agency (agensi sehenti) bagi pengurusan utiliti.